Halaman

Sabtu, 14 September 2013

Blogging is a Team Sport

Blogging sebagai sukan berpasukan!

Itulah tajuk entri kedua blog ini. Tapi bila fikir balik memang betul pun. Platform blogging memang percuma tapi kalau kita hendak blog kita lebih dikenali dan mendapat trafik yang tinggi mestilah kita ada kawan-kawan yang membantu.

Sebelum ini saya pernah mempunyai beberapa blog tapi disebabkan saya seorang dan rasa segan untuk memberitahu kepada kawan-kawan akhirnya blog-blog tersebut berkubur. Nasib baiklah saya masih mengingati kata laluan untuk blog ini.

Sekarang saya telah menulis blog baru berkaitan dengan minat saya. Memang saya seorang sahaja yang menulis tapi peluang ini timbul disebabkan kawan saya. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk bekerjasama di mana saya menulis di blog dan dia akan mempromosikan blog ini dengan cara dia iaitu melalui twitter. Setelah hampir 5 bulan, blog tersebut menjadi perhatian dan trafik masih lagi kecil tapi ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus menulis.

Oleh itu saya faham betapa blogging ini memang perlu kerja berpasukan. Pada satu hari saya melihat satu blog mengajak untuk Buat Duit Dengan Blogging. Memang saya ingin buat duit dengan blog setelah membaca beberapa blogger tempatan dan luar negara yang mempunyai pendapatan tetap hanya dengan blogging. Malahan saya ada seorang kawan yang menjadi blogger sepenuh masa. Cemburu saya bila lihat dia menghadiri acara keramaian, dapat melancong ke luar negara dan mendapat pelbagai hadiah hasil usaha dia menulis blog. Kalau dia boleh lakukan kenapa saya tidak boleh.

Sebelum mengambil keputusan untuk menyertai, memang saya banyak membaca mengenai cara-cara untuk membina blog. Antara nasihat yang kerap saya jumpa ialah membina hubungan baik dengan rakan blogger tak kira apa niche blog. Buka minda untuk berkenalan dengan orang baru dan lagi pun setakat di Internet tanpa mendedahkan maklumat peribadi. Bagi saya itu sudah memadai.

Saya sekarang menganggap saya budak baru belajar dan akan terus belajar bagaimana untuk membina blog yang baik dan akan menjadi tumpuan ramai.

Kerja berpasukan memang perlu jika kita mempunyai matlamat akhir yang sama. Sama-sama membantu untuk meraih kepuasan dalam membuat sebarang bentuk pekerjaan.

1 ulasan:

  1. selamat maju jaya dalam bidang yang menyeronokkan ini :)

    BalasPadam